
Trip To Cameron Highland.........
Memandangkan sekarang aku n datin-datin yang lain sedang preggy, rancangan untuk ke Langkawi terpaksa dibatalkan dahulu kerana kitorang juga sedang melalui pengalaman morning sickness..
So, untuk tidak menghampakan kami, persatuan bapa-bapa terbagus didunia yang dikepalai mr.hb aku merancang percutian ke Cameron Highland memandangkan tempat peranginan tersebut tidak lah terlalu jauh...
Tq yer bapa-bapa..
hehehe

(tambahan nie la kali pertama SEUMUR HIDUP aku, p bercuti dengan kawan-kawan)
kami pergi 3 couples n sorang jejaka teruna tampan, abg farid...


pergh!! memang berbaloi-baloi..
aku bagi 5 star kat apartment nie..
setiap bilik dilengkapi bilik air n dekorasinya sangat lawa..
tak sia-sia bayar ehem..ehem..ckit..

sejuk sangat udara kat cni memandangkan masa kami sampai hujan renyai-renyai..


sepanjang disana, 2 orang bakal ibu tidak mengalami morning sickness
langsung kecuali aku..
lepas makan malam, aku telah UWEKK dengan jayanya....
pokcik a.k.a suami k.long siap check key suara aku masa aku uwek tu..
tumbok kang!!!!!

kami semua ke pasar minggu Brincang..
x la jauh sangat dari tempat penginapan kami..
kat sini ada jual strawberry, makanan dan cenderahati..
tengok tu..
mr.hb ngan k.long dah rambang mata tengok cactus yang comel-comel..


sempat lagi kami celeb besday rahmat a.k.a suami datin jue...
bestnyer ko, celeb kat tempat sejuk......
kezutan nie dirancang oleh pokcik a.k.a suami datin long..
die la p beli kek ngan mr.hb masa kitorang makan malam kat restoran fauzi..

pose lu lam bilik sebelum berangkat pulang ke Terengganu..
harini kami banyak sangat plan, nak p melawat taman rama-rama, taman bunga, pasar, cameron valley n yang paling abg farid tak sabar, nak petik sendiri buah strawberry...
let's go bebeh!!

maka terpaksalah aku laki bini mengecikkan butir mata...
hahahahaha

tengok lah gaya aku posing..
ganeh abis..
aku juga x suke nak berhias-hias..
n perkara yang paling aku suke iaitu shopping, sekarang aku dah tak layan...
boleh gitu???


(abg farid belanja...kira fair la coz sume belanja sekali sorang..bagus ar korang nie..)
bergambar le ngan belon (belon ker?)